Laman Utama Informasi Syarikat Produk Sokongan Pandangan Testimoni Hubungi Kami Ejen Penjual Bahasa Inggeris
Juzt-Reboot® adalah penyelesaian generasi baru dalam penyelenggaraan
membaikpulih sistem komputer. Jualan pasaran setakat ini meliputi sehingga 37 buah negara di
seluruh dunia bertujuan untuk membantu dalam bidang akademik, perniagaan mahupun penggunaan
komputer peribadi di rumah. Produk Juzt-Reboot® sememangnya membantu dari segi melindungi
data dan membaikpulih sistem komputer anda.

Walaupun anda menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan kehilangan data atau kerosakan
sistem komputer samaada disebabkan oleh serangan virus, proses format, pengubahsuaian sistem,
perisian korup dan banyak lagi, Juzt-Reboot® dengan segera membaikpulih dan menyelesaikan
masalah anda dengan hanya menekan suis atau "restart button". Tiada operasi tambahan diperlukan.
Ianya amat mudah dan senang dilakukan!

Juzt-Reboot® boleh digunakan dalam persekitaran yang memerlukan pengunaan komputer samaada
di rumah, pejabat, institusi-institusi pengajian dan di jabatan-jabatan kerajaan. Anda tidak perlu
risau lagi sekiranya komputer anda mempunyai atau tidak mempunyai perisian "anti-virus".
Juzt-Reboot® pasti membantu dan tidak akan menghampakan anda!

Copyright © 2004 - 2017 Juzt-Reboot (Malaysia) Sdn Bhd. All Rights Reserved. | Best PC System Protection & Instant Recovery Solutions